Tuesday

Setahun selepas melahirkan anak wanita berdepan dengan jenis obesiti yang paling tidak sihat dan berbahaya (lemak berkumpul dibahagian perut dan saiz pinggang melebar). Namun masalah ini akan dapat diatasi sekiranya wanita terbabit diberi probiotik pada trimester awal kehamilan. Kajian penyelidik dari Universiti Turku, Finland mendapati bakteria probiotik membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam sistem penghadaman dengan mengurangkan pertumbuhan bakteria merbahaya. Mereka adalah sebahagian daripada sistem penghadaman yang normal dan memainkan peranan dalam mengawal keradangan.

Monday

Ibu Murung Lahirkan Bayi Sukar Tidur

Posted by Unknown on 12:35 PM with No comments
Jangan cepat berasa tertekan sekiranya anda mendapati bayi yang baru dilahirkan sukar tidur. Ia mungkin berpunca dari diri anda sendiri. Ini kerana menurut Dr. Roseanne Ar Mitage, Pengarah Pusat Kemurungan Universiti Michigan AS. Kemurungan yang dialami oleh ibu semasa hamil meninggalkan impak yang negatif pada bayi ekoran peningkatan hormon kortisol (yang dikaitkan dengan stress) semasa hamil dan selepas melahirkan bayi. Kajian yang dilakukan mendapati bayi-bayi tersebut berdepan dengan masalah gangguan tidur sejak 2 minggu pertama hingga 6 bulan selepas dilahirkan.