Tuesday

Setahun selepas melahirkan anak wanita berdepan dengan jenis obesiti yang paling tidak sihat dan berbahaya (lemak berkumpul dibahagian perut dan saiz pinggang melebar). Namun masalah ini akan dapat diatasi sekiranya wanita terbabit diberi probiotik pada trimester awal kehamilan. Kajian penyelidik dari Universiti Turku, Finland mendapati bakteria probiotik membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam sistem penghadaman dengan mengurangkan pertumbuhan bakteria merbahaya. Mereka adalah sebahagian daripada sistem penghadaman yang normal dan memainkan peranan dalam mengawal keradangan.

0 comments :

Post a Comment