Kali pertama bayi anda keluar dari hospital, dia mungkin dibungkus dalam pakej kecil kemas, dengan hanya kepala kecilnya keluar. Ini kerana jururawat tahu salah satu rahsia untuk bayi selesa dan tenang - membedung. Teknik kuno ini mempunyai banyak manfaat. Bagi satu perkara, ia boleh membantu bayi anda berasa selamat kerana dia menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar rahim. Membedung juga boleh mengelakkan bayi anda daripada gelisah dengan refleks ketakutan sendiri dan menahan jemarinya daripada melukai dirinya sendiri.
Jadi bagaimana anda membedung seperti pro? Pertama, bukakan selimut diatas permukaan rata, dengan satu sudut menunjuk ke atas supaya selimut dalam bentuk berlian. Lipat ke penjuru atas kira-kira enam inci. Kepala bayi anda akan diletakkan di sini, dengan lehernya pada bahagian lurus hujung yang dilipat dan badannya melunjur lurus ke bawah ke arah sudut bawah. Ambil sebelah kiri selimut, dan balut ia diatas tangan kiri dan dadanya. Kemudian masukkannya di bawah lengan lain dan kembali. (Jadi sekarang tangan kirinya dibungkus, dan tangan kanannya bebas.)
Seterusnya, lipat sudut bawah selimut sehingga seluruh badan bayi dan masukkannya ke dalam lipatan pertama - di bawah dagunya. Tarik sebelah kanan selimut di atas tangan kanannya dan masukkannya di bawah belakang. Ta-da: popia bayi.
Bila dia telah membesar (ikut kesesuaian), bayi anda mungkin lebih suka tangannya bebas; biarkan tangannya bebas keluar, dan terus membedung dia sekitar dada dan kaki.

0 comments :
Post a Comment