Sunday

Apa yang berlaku dalam tubuh semasa dan selepas tempoh enam minggu ialah pengimbangan semula hormon, estrogen, progesteron dan oksitosin. "Apabila plasenta keluar, ia keluar bersama paras hormon sebanyak kira-kira 1000 kali daripada paras yang biasa.", kata Dr. S.Raman, Obstetrik/Ginekologi, Fetal Medicine & Gynaecology Centre, Petaling Jaya. "Tubuh ibu mengalami kejutan kerana kehilangan paras hormon yang tinggi yang menyebabkan kemurungan selepas bersalin atau ketidakstabilan emosi berlaku. Keadaan ini adalah biasa dan sepatutnya berlanjutan dua hingga tiga hari saja. Apa yang luar biasa ialah jika ketidakstabilan emosi ini berlarutan untuk tempoh yang lebih lama yang boleh menjadikan keadaan tersebut bertambah buruk malah membawa kepada kemurungan selepas bersalin."

0 comments :

Post a Comment