Friday

Selepas Bersalin - Masa Penyembuhan

Posted by Unknown on 8:37 AM with No comments
Berapa lamakah harus saya peruntukkan untuk sembuh selepas bersalin?

Jawapannya ialah "usah tetapkan tempoh tertentu" untuk anda sembuh kerana ia melibatkan lebih daripada perubahan fizikal organ pembiakan untuk kembali kepada saiz sebelum mengandung. Tempoh berpantang yang biasa di Malaysia adalah, Ayurveda bagi orang India ialah 22 hari, bulan penuh bagi orang Cina adalah 30 hari dan 44 hari bagi orang Melayu. Namun proses penyembuhan fizikal berterusan selama 3-6 bulan dan dalam kebanyakkan kes menjangkau hingga setahun bagu hal yang melibatkan hormon.

Tempoh masa selepas bersalin dirujuk sebagai tempoh pospartum atau postnatal. Dari segi teknikalnya istilah pospartum merujuk kepada ibu manakala postnatal merujuk kepada bayi. Tetapi kini istilah tersebut boleh ditukar ganti untuk merujuk kepada 'selepas bersalin'.

0 comments :

Post a Comment